Aidilfitri di Lima Negara Muslim

Share this article on :

Seiring dengan isyarat bulan sabit menandakan akhirnya Ramadan, umat Islam di seluruh dunia bergembira dengan sambutan Aidilfitri, menandakan kemuncak sebulan berpuasa, beribadat dan muhasabah diri. Dari lorong-lorong yang berwarna-warni di Turki hingga masjid-masjid yang damai di Yaman, dari mercu tanda bersejarah di Mesir sehingga bandar-bandar yang sibuk di Kuwait dan Malaysia, Syawal dirayakan dengan penuh kegembiraan dan perpaduan.

 

Mari kita lihat bagaimana Aidilfitri diraikan:

  1. Turki: Menguatkan warisan dengan sentuhan moden

Di Turki, Aidilfitri dikenali sebagai “Ramazan Bayramı”, masa untuk berkumpul bersama keluarga, menghayati tradisi dan keramahan. Rumah-rumah dihiasi dengan lampu berwarna-warni dan hiasan, sementara saudara-mara berkumpul untuk juadah istimewa yang menyelerakan seperti baklava, börek dan kebab. Di setiap ceruk kelihatan meriah dengan orang ramai yang bertukar-tukar ucapan dan hadiah. Sejak beberapa tahun yang lepas, terdapat kombinasi yang lebih menyerlah antara adat tradisional dan perayaan moden termasuk acara awam, konsert serta aktiviti kebajikan yang menambah lagi semangat perayaan.

 

Hidangan istimewa:

  • Salah satu hidangan paling ikonik semasa Aidilfitri di Turki ialah “İçli Köfte,” campuran daging cincang, bulgur dan rempah, dibalut dengan lapisan doh dan digoreng dengan sempurna.

 

  • Satu lagi hidangan kegemaran adalah “Baklava,” sejenis pastri manis yang terdiri daripada lapisan doh filo, diisi dengan kacang cincang dan disira dengan sirap atau madu.
     

 

  1. Yaman: Menjalin komuniti dan kasih sayang

Di Yaman, Aidilfitri dirayakan dengan semangat kekitaan dan kasih sayang yang mendalam. Semua keluarga memulakan hari mereka dengan solat di masjid, diikuti dengan kunjungan ke rumah saudara-mara dan jiran, di mana hidangan tradisional seperti “mandi” dan “salta” dikongsi beramai-ramai. Walaupun menghadapi cabaran, penduduk Yaman bersatu untuk bertukar-tukar salam, mengagihkan sedekah kepada yang kurang bernasib baik dan memupuk semangat perpaduan yang mengatasi kesusahan. Aidilfitri di Yaman adalah peringatan tentang kekuatan dan kemurahan hati penduduknya.

 

Hidangan istimewa:

  • “Mandi” adalah hidangan tradisional Yaman yang terkenal yang terdiri daripada nasi, daging (biasanya kambing atau ayam), dan campuran rempah-rempah aromatik, dimasak dalam oven tandoor untuk rasa yang berbeza.

 

  • “Salta” adalah sup pekat yang terbuat daripada daging, sayur-sayuran dan rempah-rempah, sering disajikan dengan halba dan dimakan dengan roti.

 

  1. Mesir: Memelihara warisan dan keagamaan

Di Mesir, Aidilfitri adalah tradisi yang sangat dihormati dan mekar dalam warisan dan keimanan Islam. Penduduk Mesir memulakan hari mereka dengan solat di masjid, diikuti dengan sarapan Aidilfitri tradisional yang terdiri daripada hidangan seperti “foul medames” dan “ta’meya.” Ahli keluarga berpakaian dengan pakaian terbaik, kanak-kanak pula menerima hadiah dan wang, malahan jalanan dipenuhi dengan muzik, riang ria dan aroma makanan yang meriah. Di tengah-tengah monumen bersejarah dan bandar yang sibuk, penduduk Mesir merayakan Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan kebanggaan akan budaya mereka.

 

Hidangan istimewa:

  • “Foul Medames” adalah hidangan yang dibuat daripada kacang fava yang dimasak dengan bawang putih, jus lemon dan minyak zaitun, sering disajikan dengan roti atau pita.

 

  • “Ta’meya,” juga dikenali sebagai falafel, adalah bebola atau kepingan goreng yang dibuat daripada kacang fava atau kacang Arab, dicampur dengan herba dan rempah-rempah, dan disajikan dengan sos tahini.

 

  1. Kuwait: Memperingati diversiti dan kemurahan hati

Di Kuwait, perayaan bermula dengan solat di masjid, diikuti dengan perkumpulan keluarga di mana hidangan tradisional Kuwait seperti “machboos” dan “gabout” dinikmati dengan gembira. Orang Kuwait meluaskan keramahannya kepada rakan-rakan dan juga orang asing, berkongsi makanan, manisan dan hadiah sebagai ungkapan kerendahan hati. Aidilfitri di Kuwait mencerminkan komitmen negara ini dalam perpaduan, kepelbagaian dan nilai-nilai kasih sayang serta kemurahan hati yang dihargai dalam Islam.

 

Hidangan istimewa:

  • “Machboos” adalah hidangan nasi yang dimasak dengan daging (biasanya ayam, kambing atau ikan), diperisakan dengan campuran rempah-rempah termasuk buah pelaga, cengkih dan kunyit, disajikan dengan sos tomato atau yoghurt.

 

  • “Gabout” adalah pencuci mulut tradisional Kuwait yang diperbuat daripada doh goreng yang direndam dalam air gula, sering diperisakan air mawar atau safron.

(Source: Cookpad.com)

 

  1. Malaysia: Menghubungkan tradisi dan kemodenan

Aidilfitri juga dikenali sebagai Hari Raya bermula dengan solat di masjid, sama seperti di negara-negara Islam lain, diikuti dengan ritual “Salam Raya.” Ini adalah apabila orang muda menyalami tangan orang tua untuk meminta maaf atas segala kekhilafan yang mereka mungkin telah lakukan sepanjang tahun. Selepas itu, tradisi Malaysia yang ikonik iaitu rumah terbuka bermula, di mana jiran-jiran dan sahabat-handai dialu-alukan untuk menjamu selera. Rumah-rumah di Malaysia dihias dengan dekorasi yang berwarna-warni seperti langsir dan lampu Raya (pelita, lampu LED yang berwarna-warni) sementara suasana dipenuhi dengan bunyi tawa, lagu Raya dan bunga api. Aidilfitri di Malaysia melambangkan perpaduan harmoni negara ini melalui tradisi, diversiti dan inovasi.

 

Hidangan istimewa:

  • Salah satu hidangan Raya yang paling disukai di Malaysia adalah “Rendang,” iaitu daging yang dimasak dengan santan, kerisik dan campuran rempah-rempah aromatik, direbus sehingga lembut dan empuk.

 

  • Satu lagi kegemaran ramai adalah “Ketupat,” sejenis beras rebus yang dibungkus dengan daun palas dan disajikan dengan pelbagai lauk seperti rendang daging atau ayam, kuah kacang dan hirisan timun.

Secara keseluruhan di Turki, Yaman, Mesir, Kuwait dan Malaysia, Aidilfitri lebih dari sekadar sebuah perayaan — ia adalah bulan kesyukuran, kekeluargaan dan pemberian. Dari adat tradisional hingga adat kontemporari, umat Islam di seluruh dunia bersatu untuk menyemarakkan semangat mereka, mengutuhkan silaturrahim dan menyebarkan kegembiraan serta kasih sayang kepada semua. Ketika bulan sabit bersinar terang, semoga semangat Aidilfitri mengilhami perpaduan, kemurahan hati dan cinta untuk seluruh umat manusia.

Mari kita luangkan sedikit masa juga untuk memanjatkan doa dan solidariti kita kepada saudara Muslim di Palestin. Ketika ujian dan keperitan mereka, semoga mereka mencapai ketenangan, kekuatan dan kedamaian pada Syawal yang diberkati ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati promosi Hari Raya kami apabila anda tempah penginapan terpilih selama 2 malam dan dapatkan lagi 1 malam secara percuma. Tempah melalui pautan ini: https://myrehat.com/promosi-2-malam-dapat-1-malam-percuma/

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami semua di MyRehat!

 

Related posts

5 Must-Visit Cafes in Taiwan for Coffee Lovers and Digital Nomads

When you think of Taiwan, bubble tea or boba might be the first drink that comes to mind. But in recent years,... Read More

Meet Moodeng: The Pygmy Hippo Charming Visitors at Khao Kheow Zoo, Thailand

Khao Kheow Open Zoo, located in Chonburi, Thailand, has become a global destination thanks to its adorable star, Moodeng, the pygmy hippo.... Read More

Merdeka Edition: 20 Facts about Malaysia’s Cultural Festivals

Merdeka Edition: 20 Facts about Malaysia’s Cultural Festivals

Malaysia is a land where cultures intertwine to create a vibrant and colourful tapestry of traditions. From the joyous festivities of Hari... Read More

Search

December 2024

  • M
  • T
  • W
  • T
  • F
  • S
  • S
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31

January 2025

  • M
  • T
  • W
  • T
  • F
  • S
  • S
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
Size
Price
Amenities
Search

December 2024

  • M
  • T
  • W
  • T
  • F
  • S
  • S
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
0 Groups

Compare listings

Compare

Compare experiences

Compare